Tuesday 2 August 2011

HOME

Semua kaum Melayu Islam mengetahui apa itu Dana Hj Jasman?? Ramai diantara kaum Melayu di Negeri Johor,Melaka,Negeri sembilan  serta Selangor dan Kuala Lumpur menyertainya.Jika tidak silap saya dana ini di wujudkan/pengasasnya ialah Hj Jasman dan sebelum ini beliau pernah bekerja di Segamat, Johor sebagai pegurus Ladang.

KAMI AKAN BONGKARKAN SEGALA KEJAHATAN ATAU PENIPUAN HJ JASMAN DAN KUNCO KUNCO NYA HINGGALAH BELIAU DITANGKAP....NAMA NAMA AGEN AGENNYA KAMI TAHU CUMA KITA TUNGGU SEHINGGA TIBA MASANYA SAHAJA.LAMA MANA AWAK JASMAN NAK BERDOLAK DALIK DAN SELAMA MANA AHLI/PELABUR YANG BOLEH BERSABAR ...!!!!
BERAPA BANYAK DUIT ORANG MELAYU HABIS GARA-GARA DANA HJ JASMAN !!
KASIHANILAH MEREKA!! ADA YANG TERPAKSA BERGOLOK BERGADAI DAN ADA YANG TERPAKSA BERHUTANG DGN ALONG DEMI MENGEJAR KEKAYAAN YG DICIPTA HJ JASMAN.ADA YANG TERPAKSA LARI MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN KERANA DIKEJAR ALONG !!! BERAPA RATUS JUTA WANG ORANG MELAYU DI AMBIL OLIH HJ JASMAN!! ORANG MELAYU AKAN JADI PAPA KEDANA..TAK KASIHAN KAH KITA??? BUAT APA KEKAYAAN DIPEROLIHAN HASIL PENDERITAAN KAUM SEAGAMA???? FIKIR-FIKIRLAH WAHAI JASMAN...SEMUA YG MELABUR MENGHARAP TETAPI .........ALLAH SAHAJA YG MENGETAHUINYA...AMIN
JIKA ANDA MASIH TAK PERCAYA,ANDA BOLEH MELAYARI PEJABAT SURUHANJAYA SEKURITY MALAYSIA DGN KLIK <SINI>        dan bila anda jumpa halaman utama , anda scroll hingga jumpa nama danajasman dan akan tercatit dana haram dan selama ini kita semua di tipu oleh Jasman bin mat salleh dimana beliau boleh hidup senang lenang hasil penipuan ini.

APA ITU DANA HJ JASMAN

Dana ini ini diperkenalkan olih sdra Hj Jasman yg sekarang menetap di Kuala Lumpur.Beliau melantik ramai agen bawahan nya untuk mengutip wang di sebahagian Negeri di Malaysia.Orang-orang bawahan beliau yang dilantik sebagai agen dgn mempunyai pangkat tertentu seperti PM(pay master) ,Leader dan bermacam-macam lagi.
Pelaburan yang di perkenalkan mereka pada mulanya di kenali sebagai Dana besar.Dana besar ni jika kita berfikir dengan waras, memang tak masuk akal tetapi jika leader-leader yang dilantik tu ada diantaranya terdiri daripada mereka-mereka yang berpendidikan agama maka walaupun pulangan nya hingga tidak masuk akal tetapi para pelabur mudah terpengaruh disebabkan leader-leadernya terdiri dari gulungan yang alim,maka ramai lah pelabur-pelabur yang menyertainya.

BERAPAKAH GANJARAN YANG DIBAYAR???

Kebiasaannya pihak agen dana Jasman ini berjanji setiap pelaburan RM1000/, pelabur akan menerima pulangan sebanyak RM50juta dan ada juga menawarkan sehingga RM1 billion. Disebabkan pulangan yang cukup cukup cukup lumayan itulah ramai pelabur-pelabur sanggup menanggung risiko dgn meminjamkan wang daripada ceti-ceti haram untuk menyertai dana ini.
Agen dana ini ada memaklumkan bahawa dana ini sebenarnya ada disertai olih vvip .... dan sebab itu ganjarannya amat lumayan dan duit dana ini adalah dari luar negara dan kutipan yang dibuat itu adalah untuk menampung segala kos bagi pengurusan pengambilan wang tersebut dalam amaun yang besar untuk dibawa balik ke Negara kita.
Selepas 2 tahun dana besar ini di sertai ramai pelabur dari bangsa Melayu dan ada diantara mereka berjawatan tinggi serta ahli-ahli pernigaan yang berjaya.,dana tersebut ditangguhkan pembayaran nya dengan arahan orang atasan.Tidak berapa lama ,keluar pula pekeliling secara sms bahawa pihak pengurusan tak dapat untuk membuat bayaran sepertimana perjanjian mulut semasa ahli melabur dulu atas arahan Menteri tetapi tk tahu lah betulkah maklumat itu .
Memandang dana besar dah jem,pihak pengurusan telah melancarkan Dana cash pula dan semasa pelancaran Dana Cash dilancarkan sebagai menggantikan dana besar yang mempunyai banyak masaalah tetapi untuk Dana Cash pelabur akan mendapat pulangan 1juta setip RM1000.00 yang dilaburkan. Pelancaran Dana Cash sudah 6 bulan dilancarkan tetapi pembayaran keuntungan yang di janjikan sehingga sekarang masih tak nampak hasilnya.Pelbagai alasan yang diberi.
Ahli di larang untuk buat report sebab sesiapa yang membuat lapuran polis, ahli akan di singkirkan..dan mereka dilindungi undang-undang.Untuk ahli yang telah melabur dgn dana ini diharap dapatlah menghantar comment melalui blog ini supaya kita dapatlah membuat sesuatu..

PENGUMAN:

Selepas anda membaca , sila buat komen dan sila klik ke pages "comments"


PENGUMAN PENTING DAN PERLU BACA

Semua pelabur-pelabur adalah dinasihatkan supaya buat lapuran polis dengan segera!!! Pihak kami telah pun membuat siasatan dan didapati dana yg dianjurkan ada lah bersifat penipuan.Anda jangan dgr apa nasihat daripada leader-leader semua supaya jgn buat repot dan kebanyakan leader telah dilatih untuk menakut-nakutkan ahli supaya jgn buat repot dan pelbagai kesan akan diterima seandainya ada ahli yang buat repot...semua ugutan mereka adalah palsu semata-mata dan semua duit yg dilabur adalah untuk kegunaan jasman dan kunco-kunconya.saya rayu lah kepada ahli-ahli jgn tgu lagi, beramai-ramailah buat lapuran polis dan kita anggaplah duit kita dah hangus. Ambil iktibar, jgnlah melabur ditempat yang tk menentu..dan laburlah pada ASB .
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid, menegaskan perniagaan MLM berasaskan skim cepat kaya jelas berunsurkan penipuan dan hukumnya haram.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula berkata perniagaan itu mempunyai unsur riba dan penipuan serta wajib dijauhi kerana hasil pelaburannya tidak berkat.