Kenapa dana ini tipu???

Assalammualaikom semua semuga sihat dan hindarilah dana jasman yang menipu ini.Cuba anda fikir dengan waras, adakah lojik dengan melabur RM1ribu dan anda akan dapat pulangan sehingga RM50Juta...dan demi untuk mempengaruhi masyarakat melayu..mereka telah menambah pendapatan dengan melabur RM1ribu anda akan dapat 5billion...apakah lojik ??? Dimana Jasman nak ambil duit sebanyak itu untuk membuat bayaran??? Tujuan mereka menawarkan pulangan besar adalah bagi memperdayakan kaum melayu sahaja.Usah percaya dgn dakyah penipuan mereka.Sebenarnya Jasman akan mendapat keuntungan dengan hanya goyang kaki sahaja sebab orang suruhannya seperti PM/LEADER BESAR/LEADER KECIL yang  akan memancing umpan dan memperdayakan semua bangsa kita..Untuk maklumat saudara-saudara semua, sebenarnya PM dan LEADER pun ada habuan sebab tu PM dan LEADER jasman ni kaya raya..tetapi yang paling kaya adalah bossnya lah si Jasman .
Dari apa yang saya dengar,mereka berjaya menipu sehingga 500,000 orang dan jika kita anggarkan seorang jadi ahli melabur RM1000/ ,,,mereka telah dapat RM500juta .tetapi  jika mereka labur lebih...dah berapa banyak duit dikebasnya.....Pada anggaran saya mereka ini telah memperdayakan mangsa melebihi 10b...jumlah yang amat besar.Cuma anda fikir secara lojika dapatkah mereka membayar kepada ahli seramai 500,000 orang jika setiap orang paling minima pun RM50j  x 500,000 = RM ?????? mana mampu dan tak akan terjadi punya dan mana ada dengan hanya bermodalkan sejumlah wang yang tak seberapa dan anda akan dapat pulangan yang tidak manasabah...itu hanya penipuan belaka.